Rabu, 29 Mei 2013

THE WEDDING BREAKER (EPISOD 1)

Tetamu di pakarangan rumah pangantin perempuan semakin ramai . Masing-masing mahu memeriahkan majlis perkahwinan anak kenamaan di kawasan itu . Juwita Sidin atau lebih gah dipanggil Tengku Juwita binti Tengku Sidin , anak kaum kerabat diraja . Ayahnya terkenal dengan budi bahasa yang tinggil dan bersifat merendah diri meskipun dengan orang kebanyakannya . Sifatnya itu membuatkan keluarga mereka disayangi ramai .

Ariana berjalan perlahan sambil matanya meliau melihat suasana meraih tapi terkawal di sekeliling vila bernama Teratak Bahagia itu . Pintu pagar setinggi dua meter menghalang pemandangan dari kawasan luar rumah , tapi pekarang vila dua tingkat sudah cukup indah untuk menenangkan sesiapa sahaja yang bermastautin di situ .  Terdapat tasik kecil di kawasan taman nan indah menyambut tetamu dari pintu pakar utama ke pintu rumah , kolam beserta air pancut di tengah-tengah pekarang rumah dan binaan rumah yang sejuk mata memandang dengan batu-batu asli campuran kayu jati .

"Kawan Cik Juwita ke?" Lamunan Ariana terhenti takkala dia disapa oleh seorang gadis . Dia melemparkan senyuman sambil memerhatikan Ariana .

Ariana mengangguk sambil membalas senyuman .

"Majlis akad nikan sebelah sana .Cik ikut laluan stone patch ni ya..."

Ariana mengikut arah yang ditunjukkan oleh gadis tadi . Tak pula dia sedar ada taman yang agak terselindung di sebelah kanan vila itu . Dia mengikut laluan berbatu yang membelah padang rumput dan membawanya kepada hingar bingar para tetamu di situ . Bayangan Juwita dicarinya .

Dilayangkan senyuman manis tanda hormat pada tetamu yang kelihatan asing di pandangan matanya . Beberapa buah meja yang kelihatang asing dilepasinya lalu kelihatan Juwita dan bakal suaminya sudah bersimpuh di tengah-tengah para tetamu . Mereka menunggu waktu untuk dinikahkan . Sekitarnya dihias cantik dengan bunga-bungaan tuberose dan mawar putih .

"Sama cantik , sama padan," telah Ariana dalam diam "Tapi sayang..." Ariana mengambil tempat paling hadapan di barisan kerusi kecil yang telah disusun rapi . Dia setia menunggu saat tok kadi memulakan upacara .

Uncle Sidin dan Tok Man , ayah serta datuk kepada Juwita mula menganbil tempat , diikuti dengan ketibaan Iman Razlan selaku tok kadi pada hari itu . Iman Razlan memerhatikan kedua-dua mempelai . Setelah yakin dengan ketenangan kedua-duanya , dia memulakan dengan beberapa pertanyaan dan nasihat . Akhirnya acara akad nikah dimulakan oleh Tengku Sidin , ayahanda Tengku Juwita .

"Aku nikahkan dikau , Tengku Adam Kamil bin Tengku Mukhriz dengan puteri aku , Tengku Juwita binti tengku Sidin dengan mas kahwin tiga ratus ringgit tunai ."

Setelah itu Adam Kamil mula menyambut akad , "Saya terima nikahnya , Tengku..."

"Tunggu!!!" Ariana bangun lalu mendekati mereka .

Tetamu mula riuh , berbisik sesama mereka sambil memerhatikan Ariana , gadis bertubuh sederhana tinggi berbaju kebaya kuning cair yang baru sahaja melaungkan ayat keramat itu tadi . Adam Kamil memberhentikan lafaz akadnya . Dia juga terkejut dengan tindakan gadis cantik berwajah suram dihadapannya itu .

"Saya mohon ... majlis ini tidak diteruskan..." tutur gadis itu sayu .

"Kenapa?" soal Iman Razlan agak kaget . Tidak pernah dia berhadapan situasi sebegini.

"Saya memohon maaf kerana menggangu majlis kalian . Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam , dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar..." Suara-suara tetamu mula membingitkan keadaan sekali lagi . Tengku Sidin bagaikan terkaku di situ manakala keluarga Adam berwajah cemas melihat sketsa tersebut . Hanya Tengku Juwita yang masih tenang .

"Adam... adalah bapa kepada kandungan saya." Suara Ariana ditinggikan sambil tangannya mengusap perutnya yang sudah memboyot . Titisan air mata mula berguguran . Ahli keluarga Adam dan Juwita sudah berdiri terpacak kerana terkejut .

"Bohong! Saya langsung tak kenal siapa perempuan ni , imam," laung Adam . Dia sudah berdiri . Matanya mencerlung memerhatikan gadis itu .

"Adam... Saya tak minta apa-apa dari awak . Tapi Juwita patut tahu siapa awak sebenarnya . Kalau awak tak nak bertanggungjawab pun tak apa... Saya reda..." Gadis itu teresak-esak menangis . Semua hadirin yang berada di situ , diam tak terkutik .

"Kalau Imam dan Tengku tak percaya , ini buktinya!" Sekeping sampul bersaiz A4 diangkat tinggi sebelum dihulurkan kepada iman . Mereka sama-sama melihat sampul surat yang diberikan oleh Ariana . Berpuluh-puluh keping gambar aksi panas Adam dan gadis berlainan terkandung di dalamnya . 

Juwita berasa tidak senang duduk melihat tingkah mereka . Dalam suasana yang kalut , Ariana terus berlari meninggalkan seluruh tetamu yang masih kaku mendengar kebenaran yang mengejutkan itu.

Merah padam wajah Adam Kamil apabila diperlakukan sedemikian. Dia sendiri tidak mengenali siapa gerangan gadis itu . Otaknya masih bingung memikirkan apa yang baru sahaja berlaku . Dia cuba mencari Ariana tetapi gadis itu sudah menghilangkan diri .

"Perkahwinan ini dibatalkan!"laung Tengku Sidin . Marahnya tak terkata . Boleh pula keluarga Tengku Mukhriz menyorokkan perilaku liar anak teruna mereka dan menjodohkan lelaki seperti itu kepada anaknya? Walaupun ini kehendak arwah nenda mereka , namun perkahwinan ini tidak boleh diteruskan lagi . Buruk nama keluarganya nanti jika bernantukan lelaki yang sudah membuntingkan perempuan lain . Tengku Sidin menyesal kerana kerana berkeras memaksa Juwita untuk bernikah dengan anak Tengku Mukhriz .



Jumaat, 28 Disember 2012

Aduhh~ lenguh betol kaki nie . Rase macam nak tercabut jer..
Mane x nye mlm 2 tido pukul 2@3 pagi pas2 bile bangun subuh bangun awal skali smate2 nk pergi makan nasi krabu . Tengah hari 2 plk gi main basikal plk... tengah main syok2 dengan adik-bradik sy tetiba dengar bunyi loceng ais-krim . Ape lagi... terlumbe-lumbelah kiteorg pergi cari bunyi loceng ais-krim 2 . Sampai berkali-kali pusing taman rumah . rupe-rupenye bunye 2 ade dekat blakang hujung taman rumah kiteorg je (buat letih org je pergi carik bunyi 2 macam org gile)

Lepas selamat menelan habis kesemua ais-krim 2 tetibe je kakak aku suruh tolong dye memasak . Macam2 dye campur dlm masakan dye 2 , ade ayam , kicap , sayur , belacan , lada , taugeh dan macam2 lagi lah...
Habis masak 2 aku pergilah solat dulu , turun2 bile makan 2 rase sedap masam manis tapi... bile habis makan 2 tetibe lidah nie rase pahit . Pahit 2 mcm rase pahit ubat  (week!! x nk buat lagi lah) PASTU!!!??? *bersambung*

Ahad, 18 November 2012

huhuhu~ bosannye hari nie... x tau nk buat ape...

  
kan best klu bleh jadik mcm katak nie kan?
gembira slalu ~